Kamis, 27 Februari 2014

Pakcik Guard kena maki isteri Mat Yo kini ditawarkan berlakon Drama

0 komentar


Pakcik Guard kena maki isteri Mat Yo kini ditawarkan berlakon Drama

Siapa tidak kenal dengan kisah Pakcik Guard dimaki oleh Isteri Mat Yo. Bini yang salah, tapi semua kena kat muka Mat Yo. Ketepikan dulu kisah itu, kini Pakcik Guard tersebut telah mendapat tawaran berlakon drama!

Foto di atas menunjukkan Pakcik Guard Azman mendapat arahan daripada pengarah untuk melakonkan satu watak dalam babak drama terbaru, Cinta Pandang Ke-2.
Diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf. Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9.
Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi..
pakcik guard 2 Pakcik Guard kena maki isteri Mat Yo kini ditawarkan berlakon Drama
Foto di atas pula dikongsikan oleh Izara Aishah. Ada peminat yang bertanya adakah babak tersebut sama seperti babak sebenar insiden pakcik guard dimaki dengan isteri Mat Yo? apapun nantikan kemunculan Drama itu nanti di TV9!
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
sumber

Read more ►

Rabu, 26 Februari 2014

The Amazing Spiderman Pahlawan Super Versi Marc Webb

0 komentar
The Amazing Spiderman
Akhirnya seri terbaru Spiderman versi Marc Webb siap hadir di tanah air. Berbeda dengan Sam Raimi yang sudah terbukti sukses dengan tiga seri sebelumnya, Webb membuat sosok Spiderman menjadi lebih manusiawi dan lebih menghibur. Film yang kini bertajuk The Amazing Spiderman akan memberikan sebuah kisah yang berbeda dengan apa yang sudah pernah ada.

The Amazing Spiderman dibuka dengan masa Peter Parker kecil yang saat itu berusia empat tahun. Sebuah kejadian misterius terpaksa membuat kedua orang tua Peter menitipkannya kepada Paman Ben (Martin Sheen) dan Bibi May (Sally Field). Lalu adegan berpindah saat Peter (Andrew Garfiled) di bangku sekolah dengan segala intriknya, termasuk perkenalannya dengan wanita cantik Gwen Stacy (Emma Stone).

Drama dimulai saat Peter menemukan tas misterius kepunyaan ayahnya, ia memulai sebuah penyelidikan untuk dapat menemukan jawaban dari hilangnya kedua orang tuanya. Pencarian Peter menuntunnya bertemu dengan Dr. Curt Connors (Rhys Ifans), seorang ilmuwan ahli genetik yang ternyata adalah teman ayahnya.

Dr. Curt Connors yang kehilangan tangan nya ternyata memiliki ambisi untuk menemukan sebuah formula yang bisa menumbuhkan organ tubuh manusia. Dibantu oleh Peter yang menggunakan persamaan milik ayahnya, keduanya akhirnya bertinjauan. Namun belakangan formula tersebut tidak sempurna dan membuat perubahan drastis pada diri Dr. Connors.

Formula tersebut membuat Dr. Connors berubah menjadi The Lizard, species yang dianggap lebih unggul dari manusia. Perjuangan menyelamatkan kota New York pun dimulai.

Apa yang disajikan selama 136 menit di The Amazing Spiderman akan membuat Anda merasakan sensasi yang berbeda. Penggambaran pahlawan super versi Marc Webb seperti mematahkan imej superhero selama ini. Peter Parker yang berubah menjadi Spiderman saat digigit oleh Laba-laba menjadi seorang superhero yang lebih manusiawi.

Hal-hal ini bisa dilihat saat Spiderman yang sedang duduk di gedung tinggi masih menerima panggilan telepon Bibi May dan bermain game di telepon selular saat menunggu The Lizard keluar dari sarangnya.

Peter Parker yang pintar pun dikisahkan menciptakan jaringnya sendiri untuk bergelantungan. Tidak serta merta ada dalam diri Peter setelah mengenakan kostum Spiderman. Aksi-aksi luar biasa selama film juga tidak kalah menakjubkan. Adegan runtuhnya menara telekomunikasi di menara Oscorp menyumbang unsur ketegangan yang bisa membuat Anda menahan napas.

Jadi jika Anda penasaran dengan aksi terbaru Spiderman, saksikan The Amazing Spiderman mulai 3 Juli 2012.
source
Read more ►

Selasa, 25 Februari 2014

Takbir!!!!!! Ustaz Azhar Idrus Sahkan Kehadiran Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat

0 komentar

Aku dapat maklumat dari member aku kt Facebook menyatakan Al- Fadhil Ustaz Azhar Idrus akan hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada sabtu ini. Maka apabila maklumat ini sampai ke blogger-blogger pro kerajaan mereka telah menyatakan bahawa Ustaz Azhar menyokong kalimah Allah digunakan agama Kristian dan bermacam tomahan yang jahat.

Nampak gayanya perhimpunan kali ini akan mencipta sejarah kehadiran Alim Ulama dan kehadiran rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dan aku harap setiap yang hadir menjaga kelakuan semasa berhimpun dan memberi kerjasama kepada pihak Polis.

Memandangkan pihak stadium hanya membenarkan 30k saja yang diberi masuk ke stadium pihak penganjur hendaklah menyediakan kelengkapan dan sistem audio diluar stadium dan semua dapat impak dari perhimpunan ini..wallahualam

..Takbirrr

http://www.kakisembang.com/2013/01/ustaz-azhar-hadir-pada-perhimpunan.html
Read more ►

Senin, 24 Februari 2014

Peserta Himpunan Hijau dihadap ke mahkamah

0 komentar

RAUB - Empat individu yang menyertai Himpunan Hijau Raub pada September tahun lepas, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan berarak dan membawa kanak-kanak pada perhimpunan itu.
    
Pengerusi Himpunan Hijau Raub Wong Kin Hoong, 65, dari Taman Sentosa di sini, dan Naib Pengerusinya Tengku Shahadan Tengku Jaafar, 61, dari Simpang Kalang di sini, didakwa melanggar syarat yang dikenakan bagi perhimpunan itu iaitu melakukan perarakan dari padang bola sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub ke hadapan Bangunan Gunasama Persekutuan Raub di antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 2 Sept 2012.
   
Kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
   
Sementara itu, Liew Chee Cheong, 43, dari Puchong, Selangor dan Chan Lai Yong , 32, dari Kampung Chamang, Bentong pula didakwa menghadiri himpunan tersebut di padang bola sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub di antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 2 Sept 2012, dengan membawa kanak-kanak.
   
Liew didakwa membawa dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan enam tahun manakala Chan didakwa membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 jika sabit kesalahan.
   
Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah.
   
Hakim Shahrizat Ismail mengarahkan kesemua tertuduh dikenakan jaminan RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula.
   
Kesemua tertuduh diwakili peguam Roger Chan, Mohd Harris Abdullah dan Lai Chee Meng manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa.
   
Di luar mahkamah, kira-kira 50 penyokong Himpunan Hijau berkumpul sejak awal pagi termasuk pemimpin parti pembangkang di negeri ini, namun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. - Bernama

Read more ►

Minggu, 23 Februari 2014

Wanita tikam pemandu teksi kerana menolak berhubungan intim

0 komentar

  
Sopir Taksi Ditikam karena Menolak Berhubungan Seks
DAILY MAIL
Luminita Perijoc












TRIBUNNEWS.COM - Seorang wanita mirip Angelina Jolie menikam seorang  pemandu teksi di Rumania. Luminita Perijoc (30), wanita itu, menusuk Nicolae Stan, kerana menolak berhubungan seks, untuk kali ketiga.

Kepada polis  , Stan mengaku Perijoc telah memaksanya berhubungan intim dan melakukan oral seks, sambil ditodong pisau. Awalnya, Perijoc meminta bantuan Stan untuk membawa barang-barang belanjaan ke dalam apartmennya. Setelah itu, Perijoc meminta Stan agar memuaskan nafsunya.
Saat itu, Stan menolak, dan Perijoc langsung mengeluarkan pisau dan memaksa Stan telanjang.

"Ini mengerikan. Mereka tidak mengerti mengapa saya menolak. Tapi, mereka tidak tahu bagaimana rasanya. Saya pikir, siapa pun akan menolak berhubungan seks dengan pisau di leher, bahkan dengan Miss Rumania sekalipun," tutur Stan, seperti diwartakan Daily Mail, Senin (27/8/2012).
Stan menuturkan, ia sempat melayani nafsu Perijoc dua kali.
"Tapi, dia tidak puas dan ingin berhubungan seks lagi. Ketika saya menolak, dia menyerang saya dengan pisau, dan memaksa saya melakukan oral seks," ungkapnya.
Stan kemudian bertinjauan kabur, dan menelepon 999 dari telepon genggamnya. Polisi mengatakan, Stan dibawa ke rumah sakit dengan lebih dari setengah lusin luka tusukan. (*)
Read more ►

Sabtu, 22 Februari 2014

Kesan E Rokok Masih Dalam Kajian KKM

0 komentar
VAPOR BAR

Seremban – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau e-rokok dan shisha terbukti memberi kesan buruk ke atas pengguna atau sebaliknya sebelum langkah pengharaman atau kawalan dilakukan.
Menterinya Datuk Seri S Subramaniam berkata, pihaknya sehingga kini masih dalam perbincangan mengenai pengharaman itu, bagaimanapun ia bergantung terhadap kajian dilakukan Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) diketuai Pengarahnya Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif.
Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai penggunaan e-rokok yang mungkin diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) berikutan kesan penggunaan itu dikatakan lebih berbahaya berbanding rokok biasa dan shisha.
Subramaniam berkata, selepas selesai kajian dan bukti menyeluruh dikumpul, pihaknya bersama JFK membuat keputusan sama ada mengharamkan atau mengawal penjualan produk itu. - Harian Metro
Read more ►

Jumat, 21 Februari 2014

Semua Anggota RELA Rakyat Tempatan

0 komentar

HULU TERENGGANU – Ketua Pengarah Pasukan Relawan Malaysia (RELA) Datuk Mustafa Ibrahim hari ini menegaskan semua anggota pasukan itu adalah warga tempatan.

Ini kerana kata beliau pihaknya sentiasa memastikan pemohon yang ingin menyertai pasukan itu mempunyai MyKad yang sah, selain melakukan saringan yang ketat.

“Anggota RELA ini bukan saja memiliki kad pengenalan yang tulen tetapi bersih daripada sebarang rekod jenayah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari,” katanya kepada pemberita selepas Penutupan Ujian Kemahiran Menembak RELA Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada warga asing menjadi anggota RELA menggunakan kad pengenalan yang diubah suai.

“Dakwaan itu tidak dibuktikan secara jelas dan kita juga tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara berkenaan,” katanya lagi.

Menurut Mustafa setiap hari kira-kira 5,000 anggota RELA ditugas membantu pihak berkuasa lain menjaga kawasan sasaran termasuk pintu masuk utama negara dan lapangan terbang kecil di Sabah dan Sarawak selain di stesen minyak bagi mencegah penyeludupan.

Mengulas perkara berkaitan, Mustafa meminta kerajaan mempertimbang cadangan anggota RELA bertugas sebagai pengawal keselamatan di agensi kerajan dan korporat.

Kami menerima banyak permintaan terutama dari sektor korporat yang berminat menggunakan khidmat anggota Rela sebagai pengawal keselamatan di syarikat masing-masing, katanya.

Menurut Mustafa setakat ini pasukan itu mempunyai hampir tiga juta anggota. – BERNAMA
Read more ►

Kamis, 20 Februari 2014

Gambar Majlis Pernikahan Diana Amir

0 komentar

Semalam, pelakon Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada pensyarah UiTM Merbok, Habib Bullah A. Rahman tepat pada jam 9.30 malam.

Majlis pernikahan yang berkonsepkan ‘taman kristal’ itu telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Diana telah menerima hantara senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Tahniah diucapkan buat Diana dan pasangan, semoga ikatan suci yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat.






Oleh: AUDREY LEE

Kredit Foto: Samsultahir Photography
Read more ►

Rabu, 19 Februari 2014

Sarimah Putus Cinta Dengan Jejaka Perancis

0 komentar

KUALA LUMPUR – Terlebih dahulu Murai Batu nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada Detektif Stailista, Ayie Ali yang sudi berkongsi cerita sensasi berkenaan pengacara dan selebriti cantik, Sarimah Ibrahim.

Nasib baiklah pertemuan Detektif Stailista dengan Sarimah Ibrahim di permaidani merah untuk pelancaran sebuah produk kosmetik baru-baru ini, langsung tiada istilah berselindung, terutama sekali apabila berbicara mengenai status dirinya ketika ini.

Murai Batu difahamkan, Sarimah Ibrahim kini telah kembali solo apabila hubungannya bersama seorang jejaka Perancis tidak lama dulu telah terputus di tengah jalan.

Alamak! Apa sudah jadi? Kalau tak silap Murai Batu, sebelum ini hubungan mereka baik-baik saja. Malah ada khabar angin mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Murai Batu ingat lagi, Sarimah Ibrahim bukan main happy dan bangga memperkenalkan jejaka mat salleh itu ketika melalui permaidani merah Anugerah Industri Muzik berapa tahun lalu.

Tup, tup, sudah putus pula.

Bagaimanapun seperti yang dikhabarkan Detektif Stailista kepada Murai Batu, penyampai radio Mix FM itu memang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis berkenaan, bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa berpisah.

Khabarnya, meskipun hubungan mereka sudah terjalin lebih dua tahun, namun nampaknya ada beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum Sarimah Ibrahim mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Murai Batu difahamkan, soal agama dan budaya menjadi dua faktor penting buat Sarimah Ibrahim dan nampaknya dia langsung tidak ralat meskipun hubungan mereka tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Alahai, hancur luluh hati Murai Batu bila mendengar cerita sedih Sarimah Ibrahim ini. Meleleh air mata Murai Batu di buatnya. Mana taknya, mereka berdua memang Nampak sweet apabila bersama.

Tapi seperti yang dikhabarkan, Sarimah Ibrahim kini sedang moving forward dan dia tidak mudah mengalah untuk mencari pengganti i yang benar-benar percaya serta ikhlas memperisterikannya walaupun berbeza agama serta budaya.

Eh! Nanti dulu. Adakah ini bermaksud, Sarimah Ibrahim akan masih mencari jejaka berbangsa asing? Atau dalam erti kata lain jejaka mat salleh?

Bagi Murai Batu senang saja. Jodoh, pertemuan, ajal semua itu ditangan Tuhan. Sekuat mana kini merancang tetapi Tuhan juga yang akan menentukan.

Murai Batu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarimah Ibrahim. Mudah-mudahan dia akan dipertemukan dengan jejaka idaman yang dapat membahagiakannya hingga ke akhir hayat.

Kahabarnya Sarimah Ibrahim kini sedang rancang untuk melahirkan lagu terbarunya dan juga berlakon filem serta teater. Tak sabar rasanya Murai Batu nak lihat kemunculan selebriti mulut kecoh ini. – Murai
Read more ►

Selasa, 18 Februari 2014

Syiah Usaha gugat persahabatan dalam PAS

0 komentar
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA July 30, 2013
Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013. 
Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.ANALISIS: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sering kali mengeluarkan kenyataan tatkala PAS dan Mohamad Sabu diserang bertubi-tubi, termasuk dalam isu Syiah.

Ketika kes Mat Indera yang dibangkitkan Mohamad satu ketika dulu, Ketua Penerangan PAS itu juga antara pemimpin yang pertama mengeluarkan kenyataan panjang lebar untuk mempertahan Mohamad.
Sejurus selepas kenyataan Tuan Ibrahim dikongsikan merata di Facebook, ramai yang memberikan komen mengenai mengapa mereka kadang-kala melihat Mohamad sebagai pro-Syiah.

Salah satu puncanya adalah mereka berkata di laman Facebook peribadi Mohamad sendiri memberi gambaran yang terlalu “pro-Iran” menimbulkan keraguan terhadap sifat Sunnah Wal Jamaah Mohamad.
Ada pula yang memberi komen bahawa tokoh yang digunakan dalam ceramah Mohamad menimbulkan kesangsian pada beliau.
Seorang komentar menulis:

“Ramai yang suka memandang pro-Iran ialah pro-Syiah. Tetapi itu satu tanggapan yang salah pada Abang Mat. Abang Mat terkenal dengan sikap lantangnya melawan Zionis Yahudi dan muslihat Amerika dan bonekanya. Mana-mana sahaja negara Islam yang melawan Zionis Yahudi dan muslihat Amerika dan bonekanya akan disokong Abang Mat, lantaklah Syiah ke Sunni.

"Tapi kebetulan negara yang banyak melakukan ke arah ini ialah Iran dan Lebanon. Begitu juga dengan laman yang suka menyiarkan usaha negara Islam melawan Zionis, akhirnya akan dituduh pro-Syiah atau pro-Iran kerana kebetulan negara Islam yang banyak berjuang ke arah ini ialah Iran dan Lebanon (Hizbullah) dan bukan mana-mana kerajaan Sunni. Yang suka melihat masalah antarabangsa dari sudut Syiah dan Sunni ialah mereka yang jahil agama dan tidak faham kemelut Islam di peringkat antarabangsa.”

Pandangan itu nampak selari dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan pada 18 Jun yang lalu apabila beliau menyuruh umat Islam balik ke pangkal jalan untuk mengenali lawan dan kawan dalam isu pertembungan Sunni-Syiah.

“Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain di kalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengetahuan agamanya.

“Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada Syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara Syiah Arab dan Syiah Parsi di Iraq,” kata Abdul Hadi merujuk kepada pemimpin besar Iran Ayatollah Ruhullah Khomeini dan penggantinya Ayatollah Ali Khamenei.

Di samping menyebarkan mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam.
Semua ini adalah agenda melaga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.
Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan lalu.

Ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.”

Dalam PAS, Mohamad dilihat memberikan sumbangan yang besar kepada PAS.  Sebagai timbalan presiden, ramai berpendapat beliau berjaya melengkapkan perjuangan PAS sebagai sebuah parti massa di negara ini.
Apa yang tidak boleh dibuat oleh Abdul Hadi selaku presiden, berjaya dibuat dengan baik oleh beliau.

Pendek kata, kedudukan beliau menjadi pelengkap kepada keperluan PAS dan Abdul Hadi untuk membawa PAS ke persada di mana rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, boleh menerima parti Islam  itu untuk menggantikan Umno.

Dengan potensi sedemikian, penulis tidak terkejut apabila Mohamad berkata, sesetengah pihak dalam PAS dan sesetengah pihak dalam Umno sedang berpadu tenaga untuk membunuh beliau sekarang.
Apa pun, diharap Mohamad mengambil kira pandangan yang dilontarkan dan memahami mengapa timbul persepsi pro-Syiah pada beliau.

Tidak salah mendengar kerana hidup di dalam dunia politik sebahagian besarnya adalah untuk mengurus persepsi.
Mohamad sudah tentu memahami perkara ini. Kegagalan menguruskan persepsi bakal membuka pintu kepada musuh-musuh Mohamad mengambil kesempatan. Jika musuh berjaya, yang hanya boleh disalahkan ialah diri sendiri yang memberi ruang kesempatan itu. – 30 Julai, 2013.
*Analisa ini dibuat dengan kerjasama Timmy Say.
*Sambungan daripada bahagian pertama disiarkan semalam.
Read more ►

Senin, 17 Februari 2014

AS Desak Tentera Mesir Bebaskan Morsi

0 komentar

  13 Jul 2013
 
 Mohamed Morsi (AFP)
Kaherah - Pemerintah Amerika Syarikat mendesak Tentera Mesir untuk melepaskan presiden terguling Mohamed Morsi yang kini mereka tahan. Sedangkan ribuan pendukung Morsi menunjuk perasaan  menuntut Morsi kembali berkuasa.

Juru cakap Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat, Jen Psaki menyatakan, AS sepakat dengan permohonan yang diajukan pemerintah German agar Morsi dilepaskan dari penahanan. Kini, Morsi disebut-sebut berada di fasiliti penahanan milik Kementerian Pertahanan Mesir di Kaherah.

"(AS) Menginginkan akhir dari pembatasan informasi tentang keberadaan Morsi," ujar Jen Psaki seperti dilansir AFP, Sabtu (13/7/2013).

Sedangkan German mengusulkan agar Morsi diserahkan kepada institusi yang boleh dipercaya, seperti International Committee of the Red Cross.

Beberapa waktu lalu, pemerintah Mesir menyatakan penahanan Morsi perlu dilakukan demi keselamatannya sendiri dan demi keselamatan negara. Juru cakap Kementerian Luar Negeri Mesir, Badr Abdul Atti menyebutkan bahawa Morsi ditahan di tempat yang selamat dan diperlakukan "secara sangat terhormat".

Sementara itu, para pendukung Morsi tetap membuat prostes di luar masjid Rabaa al-Adawiya, Nasr City. Mereka membawa bendera Mesir dan juga Alquran, sambil meneriakkan slogan menentang Tentera Mesir.

"Kami akan terus melawan. Kami akan tetap tinggal di sini hingga sebulan atau dua bulan ke depan, atau bahkan hingga satu atau dua tahun mendatang. Kami tidak akan pergi sampai presiden kami, Mohamed Morsi, kembali," tegas pemimpin kelompok pendukung Morsi, Safwat Hegazi.

Sabtu (13/7) ini, Presiden AS Barack Obama secara khusus menghubungi Raja Arab Saudi Abdullah. Menurut Rumah Putih AS, pembicaraan keduanya membahas krisis Mesir.

"Mereka sepakat bahawa Amerika Syarikat dan Arab Saudi akan berbagi informasi demi mendukung stabiliti Mesir," demikin pernyataan Rumah Putih AS. Obama juga menekankan pentingnya penegakan demokrasi dengan mengembalikan kepemimpinan sipil sesegera mungkin.detikNews
Read more ►

Minggu, 16 Februari 2014

 

Copyright © jati baru Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger